اللّهُ لاَ إِلَـهَ
إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ
تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا
فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن
ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ
بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ
وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ
مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ
كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ
وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ
الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ | 255
Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara
orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan
sehingga waktu subuh
Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan
memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya.
Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat,
bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah
s.a.w menyuruh
setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah
oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka
sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah
Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat
al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka
memohon keampunan dan mendoakan baginya
Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk
menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai
esok hari
Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan
rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah
sehingga mati syahid
Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya
0 comments:
Post a Comment