|
BUNTAT KIJANG |
Ramai yang tidak mengetahui dan akhirnya tertipu dengan haruman kasturi yang menjadi sunnah rasulullah saw.
Ketahuilah sebenarnya wangian kasturri terhasil dari (kelenjar / ketuat) BUNTAT KIJANG.
Sabda Nabi S.A.W.:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Apakah Khasiatnya?
- Menenangkan Jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan Sesak Nafas
- Melegakan Lelah (Asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran tubuh
- Memperkuatkan organ dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
- Menjernihkan mata putih pada mata
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
- Menghindarkan dari angin Ahmar
- Menghilangkan sakit kepala
- Melindungi dari gigitan nyamuk dan lalat
- Darah gemuruh
- Sesak nafas
- Selsema
- Hysteria
- Menyejukan badan
- Melembutkan kulit
- Urut sakit sendi
- Rawatan luka luar dan dalam
- Sengatan serangga
Berikut ini adalah petikan artikel dari akbar Kosmo yang membuat laporan tentang kasturi:
Anugerah Kijang Jantan
Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai
mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan
entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
'BAHAWA dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas.
Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.' Mengamati
petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini membayangkan kepada kita betapa
keenakan bauan kasturi itu sudah lama disebut dan disampaikan dari mulut
ke mulut.
Sekian lama merentangi latar zaman, waktu dan masyarakat, rahsia
kehebatan kasturi terus diperkata. Hinggakan apa sahaja yang berbau
harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang
istimewa ini? Bagi yang keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga,
buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan
minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di bahagian antara perut dan genital, kasturi
juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan
tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil
kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan
berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan
bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian
beralkohol.
"Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian.
Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai
menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
"Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan haiwan
tertentu sahaja menghasilkannya," ujar peniaga Tarmizi Yusuff, 35, yang
ditemui di bazar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
Menurutnya, dalam dunia ini, hanya terdapat lima jenis haiwan yang
menghasilkan kasturi iaitu kijang jantan, lembu, musang, kura-kura dan
tikus. Paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di
pergunungan Himalaya.
"Bukan tikus yang macam kita jumpa di lorong dan longkang, tapi jenis
tikus yang besar saiznya," terangnya segera tatkala melihat penulis
mengerutkan dahi membayangkan haruman dikaitkan dengan makhluk yang
gemar habitat kotor itu.
Apa yang dimaksudkan adalah rodensia besar seperti memerang iaitu tikus muskrat (Ondatra zibethicus). .
Mula menjual kasturi di gerainya sejak tahun 2005, Tarmizi memberitahu
dia mendapat bekalan dari seorang rakan niaga dari Nepal. Sebiji
'kantung' kasturi tersebut yang saiznya lebih kurang sebiji bola
pingpong dijual pada harga RM30.
"Ada juga kasturi yang berangkai dan harganya antara RM500 hingga
RM1,000, bergantung pada bilangan kasturi yang bersambung bersama.
"Pembeli kasturi ini terdiri daripada golongan mereka yang turut
berniaga barangan yang berkaitan dengan minyak wangi. Ada juga yang
membeli sekadar minat mengumpul atau menganggapnya sebagai perhiasan.
"Lebih istimewa apabila ada pelanggan warga Bangladesh dan Pakistan yang
membelinya untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai khasiat
perubatan," katanya.
Dalam bidang perubatan tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu
mengembalikan kesedaran seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan
peredaran darah, merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan
bengkak dan meredakan kesakitan.
Oleh kerana spesies kijang yang menghasilkan kasturi sukar ditemui,
saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan
potensi perubatan.
Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya
mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan
bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi
sekali gus mendorong upaya reproduksinya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Di India pula, penggunaan kasturi telah lama diserap dalam kaedah
perubatan Ayurveda. Kononnya, ia mampu meredakan penyakit asma, ekzema,
demam, sakit kepala dan ulser. Bagaimanapun, pembuktian klinikal masih
dijalankan tentang dakwaan tersebut.
"Kegunaan paling popular adalah dalam industri pembuatan minyak wangi.
Baik minyak wangi atau atar yang didatangkan dari Mekah atau India,
terdapat juga pengusaha yang memasukkan butiran kasturi itu ke dalam
botol jualan. Ia akan menambah nilai harganya," kata Tarmizi.
"Ada yang keliru tentang hukum ia digunakan untuk bersembahyang. Kalau
hendak mengulas lebih mendalam tentang itu, saya kurang arif," ujarnya.
Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata,
kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan
kasturi berasal dari haiwan.
Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh
haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai
alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang,
begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh
haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar
syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Noh.
Bagi peniaga minyak wangi dan kasturi seperti Tarmizi, dia mengakui ada
juga di kalangan pengunjung gerainya yang tidak mempercayai itulah rupa
kasturi yang sebenar.
Menyingkap pengalamannya berniaga, kasturi jualannya itu paling kerap
dipertikai oleh warga Pakistan yang mengatakan bahawa agak mustahil bagi
orang biasa memiliki kasturi dengan mudah, apatah lagi dijual di pasar
atau kaki lima.
"Mereka pelik melihat kasturi dijual dengan harga semurah ini di Malaysia.
Kata mereka, kasturi jarang sekali dimiliki oleh orang di jalanan.
"Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut
kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan
ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai
harga ratusan ringgit," katanya.
Sumber: Kosmo
--------------
Kasturi
bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai
kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling
berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
Riwayat Imam Muslim
bahawasanya Sabda nabi s.a.w. “ Kasturi adalah minyak wangi yang paling
baik sekali “ ( Sabilul Muhtadiin m/s 36-37 )
'BAHAWA dinding-dinding syurga
itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kumkuma (Za'faran)
dan buminya kasturi.' Mengamati petikan hadis riwayat Al-Bazzar ini
membayangkan kepada kita betapa keenakan bauan kasturi itu sudah lama
disebut dan disampaikan dari mulut ke mulut.
Kijang Jantan
Sekian lama merentangi latar
zaman, waktu dan masyarakat, rahsia kehebatan kasturi terus diperkata.
Hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta dan juga bicara romantis.
Namun, sejauh manakah kita
mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini? Bagi yang
keliru, kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit
kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi (bahasa Inggeris: musk) merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan.
Walaupun kerap ditemukan di
bahagian antara perut dan genital, kasturi juga bukan janggal jika ia
tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher,
badan atas dan juga kepala.
Apabila tertanggal atau
dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering
membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan
keras.
Jika ditekan kuat atau
diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang
dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.
Sejak ratusan tahun lalu, ia
digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai
agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih
tahan lama.
Di dalam dunia ini, hanya
terdapat lima jenis haiwan yang menghasilkan kasturi iaitu kijang
jantan, lembu, musang, kura-kura dan tikus. Paling popular adalah
kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Kasturi diangkat sebagai penawar ajaib di kalangan masyarakat konvensional di Nepal, Pakistan, Siberia dan Mongolia.
Kasturi bukalah hanya
semata-mata digunakan sebagai bahan pewangi tetapi penggunaan kasturi
telah lama diserap dalam kaedah perubatan Ayurveda ( india ) dan barat
.Ia nya mampu meredakan penyakit asma, angin medu, selsema, demam, sakit
kepala ,histeria, darah gemuruh , luka luaran , pendarahan dalaman dan
ulser.
Di Bangladesh dan Pakistan
mengambil isian kasturi untuk dimakan kerana percaya ia mempunyai
khasiat perubatan yang menyembuhkan penyakit luka dalaman.
Dalam bidang perubatan
tradisional Cina, kasturi dipercayai mampu mengembalikan kesedaran
seseorang yang pitam atau pengsan, melancarkan peredaran darah,
merangsang penyingkiran darah haid, mengurangkan kesan bengkak
,penggunaan sebagai minyak urut dan meredakan kesakitan.
Menjadi kekeliruan bagi
panganut penganut islam dalam pemakaian darah kasturi kerana telah
difahami bahawa darah atau daging yang tertanggal dari binatang yang
masih hidup adalah tidak suci dimakan atau digunakan, tetapi dalam
persoalan darah Kasturi agama Islam membenarkan penggunaannya dengan
beberapa syarat.
Antaranya:
1) Hendaklah darah yang berada di dalam bintil tersebut sudah membeku menjadi ketulan yang keras , ianya tidak bersifat cecair.
2) Jika ketika selagimana bintil kasturi itu diambil tidak terkena najis maka ianya suci digunakan.
3) Kasturi yang diambil dari Kijang jantan yang telah mati hukumnya najis.
4) Selagimana darah Kasturi tidak dicampuri oleh benda benda yang diharamkan oleh syariat, ianya suci.
Rujukan : Sabilul Muhtadiin Jilid 1 Bab Najis dan menghilangkanya -m/surat 36-37.
Sumber : azzakarsyie.
0 comments:
Post a Comment