Assalamualaikum w.b.t. Welcome to BooraQ FM. BooraQ FM is a full programming radio station that offers an Islamic Perspective and solutions for all aspects of life with lectures, Quran recitations, tafsir, hadith and play music of the soul throughout the day.
Showing posts with label I) THE NEWS. Show all posts
Showing posts with label I) THE NEWS. Show all posts

ARIEL SHARON MASIH KOMA: AZAB TERPANJANG DI DUNIA?????

 Ariel Sharon - ilustrasi
Mantan perdana menteri Zionis Ariel Sharon dalam kondisi sangat kritikal, Jumat pagi (10/1), setelah sehari sebelumnya pihak rumah sakit mengumumkan kondisi mediknya turun drastis.

Sejak 2006 lalu, Sharon terus mengalami koma hingga organ-organ penting dalam tubuhnya sudah mengalami gagal fungsi, termasuk ginjal dan paru-parunya.

Jum’at (10/1), pihak rumah hospital menurunkan status sharon berusia 85 tahun itu menjadi sangat kritikal pada hari Khamis. Para pejabat rumah sakit mengatakan Sharon sewaktu-waktu bisa mati.

Para dokter yang melihat begitu lamanya ‘penderitaan’ penjagal rakyat Palestina di Shabra dan Shatilla itu sampai mengatakan bahwa tidak ada orang yang sekarat lebih lama darinya.

Anggota keluarga Sharon sudah berkumpul di rumah sakit agar bisa berada di sampingnya ketika ajal menjemput. Putra Sharon, Gilad dan Omri, sudah berada di sana sejak kondisi ayahnya memburuk pada 1 Januari lalu.

sumber: bersamadakwah

KOPI CAPPUCINO : SIMBOL KEMENANGAN KRISTIAN TERHADAP KHILAFAH OTHMANIAH TURKI


 
Cara masyarakat Eropah mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya.

Namun, pada masa ini semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi.

Inovasi terhadap kopi ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini diinspirasi oleh Marco D' Aviano, seorang imam Biara Capuchin yang turut berperang melawan pasukan Turki Ustmaniah di Benteng Vienna 1683.

Menyusul kemenangan mereka terhadap pasukan Turki, mereka menjumpai karung berisi kopi yang ditinggalkan oleh tentera Turki. Namun bagi mereka rasa kopi tersebut terlalu kuat. Mereka mencampurkan kream dan madu. Campuran ini menjadikan kopi berubah warna menjadi coklat yang mirip dengan warna jubah yang dikenakan Biara Capuchin.

Penamaan cappuccino ini merupakan penghormatan untuk Marco D' Aviano's. Sejak saat itulah cappuccino menjadi minuman yang cukup digemari dengan rasa yang sangat enak. Mereka menjadikan Cappucino ini sebagai simbol kemenangan Eropah terhadap Khilafah Turki Utsmaniah.

Ternyata pengaruh budaya Islam terhadap Eropah sangatlah kuat dan banyak sekali bukan hanya dalam bidang sains , teknologi, seni atau seni bina. Kisah di atas hanya memaparkan salah satu dari sekian banyak tradisi masyarakat Islam yang diguna pakai oleh bangsa Eropah dan kemudian merebak ke semua peradaban dunia.

Sumber :jurnalhajiumroh.com 

MATRADE FACTORY OUTLET CARNIVAL - 2

Assalamualaikum. Karnival Jualan Gudang Terbesar MATRADE !!!!!! 18 - 22 Dec 2014. Jangan ketinggalan sambil membeli belah dengan harga yang murah temui krew dan DJ Radio BooraQ FM di pintu masuk BOOTH NO 2. Insyaallah kami akan bersiaran secara langsung terus dari MATRADE.






MESIR : SALJI TEBAL SELEPAS 112 TAHUN

Ribut salji terburuk dalam tempoh lebih 50 tahun juga turut melanda kebanyakan negara Timur Tengah, kawasan-kawasan di Kaherah, Baitulmuqaddis, Jerusalem hingga ke Syria telah diselaputi salji tebal. Ia merupakan kali pertama penduduk Mesir telah melihat dan mengalami salji dalam tempoh lebih 100 tahun.

Media2 sosial pantas diisi dengan imej dan video landskap dan permainan balingan bola salji, tetapi di kawasan seperti Palestin dan Syria, ramai yang terperangkap kerana tidak bersedia. Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan kebimbangan bagi pelarian yang terperangkap dalam kesejukan, tetapi banyak keluarga tidak layak mendapatkan bantuan kerana mereka tidak berdaftar dengan PBB. Menurut Al Jazeera. Lapangan terbang Ben Gurion di Tel Aviv, Israel, terpaksa ditutup pintunya  selepas salji tebal memenuhi lebuh raya utama.

Banyak bandar di negara2 Timur Tengah yang purata turun hujannya kurang dari satu inci setiap tahun, telah diselimuti salji. Ibu kota Mesir, Kaherah yang terkenal kerana panas dan rimas turut bertukar menjadi putih pada hari Jumaat lalu. Laporan berita tempatan mendakwa ia adalah salji pertama ibu negara Mesir itu dalam tempoh 112 tahun.

Orang Mesir telah menyaksikan salji buat kali pertama dalam hidup mereka dan ghairah menyiarkan gambar mereka di Instagram, Twitter dan Facebook.
Salah satu imej yang lebih pelik menunjukkan unta duduk dalam salji.
Salah satu imej yang lebih pelik menunjukkan unta duduk dalam salji.

Negara-negara lain termasuk Turki, Syria dan Israel juga mengalami salji meluas. Suhu telah menurun sehingga di Turki mereka telah di bawah purata bulanan dengan hampir 10C.

Di Baitulmuqaddis, ribut salji melanda dan salji setebal 10 sehingga 50 sentimeter memenuhi kota ini. Fenomena yang jarang berlaku itu menyebabkan aktiviti di kota ini lumpuh dengan suhu turun secara mendadak mencecah 2° Celsius ekoran salji berterusan.

Kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa juga turut dipenuhi dengan salji. Manakala beratus-ratus orang yang terkandas di dalam kenderaan mereka selepas jalan-jalan raya tidak dapat dilalui. Ia merupakan ribut salji yang terburuk sejak 20 tahun lalu sekali gus menyebabkan beberapa batang jalan raya dan sekolah terpaksa ditutup.
Beribu-ribu penduduk terpaksa bergelap selepas banyak kabel elektrik putus akibat dihempap dahan pokok yang patah. “Sepanjang 54 tahun saya hidup di sini, saya tidak pernah melihat pemandangan seperti ini (salji).” kata Datuk Bandar Baitulmuqaddis, Nir Barkat.
Lebih menambah dugaan di Baitulmuqaddis, bandar yang biasanya panas dan lembab, mempunyai kisah yang berbeza sama sekali. Rebut salji yang turun telah disusuli dengan banjir yang luar biasa.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sumber:shafiqolbu

OFFICIAL LOUNCHING

Terima kasih kerana melayari radio BooraQ FM. Kami masih dalam peringkat percubaan. Insyaallah kami akan bersiaran secara langsung secara rasminya mulai 1 Januari 2014. Sokongan anda amatlah kami hargai. Tiada Hari Tanpa Da'wah.

THE NEWS

NEWS THAT MATTER, WEATHER, AND MAJOR COMMUNITY ANNOUNCEMENT.