Assalamualaikum w.b.t. Welcome to BooraQ FM. BooraQ FM is a full programming radio station that offers an Islamic Perspective and solutions for all aspects of life with lectures, Quran recitations, tafsir, hadith and play music of the soul throughout the day.
Showing posts with label F) TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label F) TAZKIRAH. Show all posts

DAKWAH DI KALANGAN NON MOSLEM....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah, 
Mengucap dua kalimah syahadah merupakan salah satu daripada lima Rukun Islam. Apabila dinyatakan dengan kuat secara ikhlas, seseorang itu secara rasmi dianggap mengisytiharkan diri sebagai penganut baru Islam.

 لا إله إلا الله محمد رسول الله

La ilaha illallahu Muhammadun Rasulullah.

Bermaksud :"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah.”

Pengucapan syahadah secara jujur, dalam bahasa arab, di hadapan dua orang saksi muslim, adalah cukup untuk seorang menjadi seorang Islam.

Bagi seseorang yang bukan Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.

Syarat bagi sahnya syahadah adalah:

1. Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.

2. Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)

3. Mamahami makna kedua-duanya.

4. Mendustakan perkara yang menyalahi atau bertentangan dengan maksud syahadah.

5. Menggunakan perkataan "asyhadu" (ﺃَﺷْﻬَﺪُ) pada keduanya.Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.

Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib bagi beliau menunaikan hak kalimah. Hak kalimah adalah untuk disebarkan kepada mereka yang tidak mengucapkan kalimah ini (orang bukan Islam) dengan menerangkan kepada mereka maksud kalimah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, Tiada yang Berkuasa selain Allah, Tiada yang beri faedah dan bahaya selain Allah dan Muhammad SAW  itu pesuruh Allah sehingga mereka yakin dan tanpa paksaan mereka mengucap syahadah. Inilah dakwah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat sebelum datang perintah solat dan perintah-perintah yang lain.

Dakwah bermaksud untuk menyatakan dan  menyampaikan kebenaran. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menyatakan atau menyampaikan  kalimah syahadah kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah mulia ini. 

Ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Aku. Rahmat-Ku sudah mendahului kemurkaan-Ku. Barang sesiapa yang naik saksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah hamba dan utusan-Nya, nescaya ia berhak mendapat syurga.”  (Hadis riwayat al-Daimali).

Melaksanakan kerja-kerja dakwah adalah perintah pertama Allah SWT dan itu adalah yang paling mudah untuk dilakukan. Satu-satunya prasyarat untuk melakukan dakwah, ialah memahami maksud yang terkandung di dalam kalimah ini. Ia tidak memiliki prasyarat lain selain mengetahui tujuan dan fungsi kalimah syahadah. Seseorang selepas membaca kalimah ini  mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikannya  kepada orang lain yang belum mengucapkan kalimah syahadah ini. 

Nabi Muhammad SAW mengatakan dalam satu hadis yang bermaksud, "Sampaikan dariku walaupun  hanya satu ayat". (Hadis Riwayat Bukhari).

Perintah pertama Allah adalah untuk menyampaikan kalimah syahadah kepada mereka yang belum menerima kalimah ini. Inilah tugas dan amanah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat semasa mereka mengajak kaumnya , ahli keluarga dan sahabat handai untuk menerima dan yakin kepada kalimah syahadah.

Sahabat yang dimuliakan,
Ramai di kalangan umat Islam merasakan bahawa tugas menyampaikan dakwah kepada orang bukan Islam adalah tanggungjawab Jabatan Agama, Pendakwah Bebas, NGO Islam, PERKIM dan para ulama sahaja sedangkan mereka berpeluk tubuh tidak membuat apa-apa kerja dakwah, itulah sebabnya kenapa orang Cina (beragama budha) dan orang India (beragama hindu) tinggal sekampung dengan masyarakat Islam (melayu) tidak faham agama Islam. Mereka hanya tahu bahawa orang Islam tidak makan daging khinzir, tidak minum arak dan berkhatan, tidak lebih daripada itu.

Umat Islam perlu kepada anjakan paradigma iaitu berubah daripada takuk lama kepada kefahaman Islam yang syumul, lengkap dan sempurna. Islam bukan agama ritual semata-mata tetapi Islam bersifat dinamik dan prograsif dan membawa kebaikan untuk seluruh alam. Jika Islam dihayati dan di amalkan sepenuhnya ianya membawa kemaslahatan dan kebaikan samaada kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Jika kita berdiam diri tidak berdakwah kepada orang bukan Islam samaada mereka sebagai jiran sekampung/se taman (perumahan), rakan pejabat atau pelangan kita dalam urusan harian tidak pernah kita mengajak kepada Islam kita bimbang mereka akan dakwa kita di akhirat nanti. Apabila mereka ditanya kenapa mereka tidak beriman kepada Allah dan Rasulullah SAW dan tidak mengambil Islam sebagai agama, mereka akan berkata bahawa mereka tidak pernah diajak kepada Islam oleh jiran dan rakan-rakan mereka yang muslim yang tinggal sekampung / setaman atau sepejabat. Adakah ketika ini kita mempunyai alasan untuk menafikannya?

Memang benar hidayah dan taufik itu hak Allah SWT, Dia akan memberikannya kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya tetapi tugas dakwah adalah tanggungjawab kita semua. Kita akan terlepas dari memberi alasan jika kita berdakwah dan mengalas tanggungjawab ini kerana kita tidak di tanya kenapa mereka tak mahu terima Islam.

Sahabat yang dihormati,
Allah SWT akan memberikan pahala yang besar kepada kita semua jika dengan izin-Nya, orang yang bukan Islam menerima hidayah dan taufik di sebabkan usaha-usaha kita.

Rasulullah SAW  bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثاَمِهِمْ شَيْئًا

Maksudnya : “Barang siapa mengajak kepada hidayah maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan barang siapa mengajak kepada kesesatan maka ia akan mendapat dosa seperti dosa orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi sedikitpun dosa mereka.”
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim (8/62), Abu Dawud (2/262), at-Tirmidzi (2/112), ad-Darimi (1/126—127), Ibnu Majah (1/91), dan Ahmad (2/397) (Al-Albani berkata tentang hadis ini dalam as-Silsilah ash-Shahihah (2/548).

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Demi Allah! Jika Allah memberikan hidayah (kepada) seseorang dengan perantara dakwahmu, itu lebih baik bagimu dari seekor unta merah" (Hadis  riwayat Bukhari dan Muslim)

Berdakwah dan menyampaikan kebenaran Islam kepada sesiapa sahaja samaada orang Islam dan bukan Islam adalah merupakan pintu-pintu kebaikan dan peluang-peluang pelaburan yang besar untuk hari akhirat . Jika kita berfikir bagaimana ingin menjana pendapatan di dunia maka kita juga jangan lupa bagaimana untuk menjana pendapatan dan keuntungan di akhirat. Jika boleh lebihkan untuk akhirat berbanding untuk dunia.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya ada di antara manusia, orang-orang yang menjadi kunci-kunci kebaikan, penutup-penutup keburukan. Dan ada juga sebagian orang yang menjadi kunci-kunci keburukan, penutup-penutup kebaikan. Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan sebagai pembuka pintu kebaikan, dan sungguh celakalah orang yang Allah jadikan dia sebagai pembuka pintu keburukan." (Hadis Riwayat Ibnu Majah, dihasankan oleh al-Albani dalam ash-Shahihah [1332])

Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita sama-sama kita berusaha untuk melengkapkan diri kita untuk menjadi pendakwah Islam berkualiti dengan meningkatkan ilmu dan kefahaman Islam, kemudian pada masa yang sama kita sampaikan Islam walaupun satu ayat atau nasihat yang baik kepada sesiapa sahaja yang berada disekeliling kita samaada ahli keluarga, jiran tetangga , rakan-rakan Islam dan khususnya orang bukan Islam dan masyarakat seluruhnya. 

10 ADAB : JIMA' DLM ISLAM

 
Islam adalah agama yang mulia dan memuliakan. Ia menjunjung tinggi akhlak dan etika. Setiap perbuatan baik di dalam Islam, pastilah ada tuntunan adabnya. Demikian pula dengan jima’.

Adab di dalam jima’ bukan hanya membuat hubungan suami istri lebih intim, tetapi juga menjadikan kenikmatan dunia itu sebagai ladang pahala. Menjalankan adab-adab jima’ bukan hanya membawa kebahagiaan bagi suami dan istri, tetapi juga mendatangkan keberkahan bagi keluarga dan keturunan yang ditakdirkan Allah lahir dari proses tersebut.

Berikut ini 10 adab jima’ suami istri:

1. Bersih Diri dan berwudhu
Mengkondisikan tubuh bersih (dengan mandi dan gosok gigi) adalah bagian dari adab jima’ sekaligus membuat suami atau istri lebih tertarik. Sebaliknya, tubuh yang tidak bersih cenderung mengganggu dan menurunkan daya tarik.

Abu Rafi’ radhiyallahu ‘anhu berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu hari pernah menggilir istri-istri beliau, beliau mandi tiap kali selesai berhubungan bersama ini dan ini. Aku bertanya, “Ya Rasulullah, bukankah lebih baik engkau cukup sekali mandi saja?” Beliau menjawab, “Seperti ini lebih suci dan lebih baik serta lebih bersih.” (HR. Abu Daud dan Ahmad)

2. Memakai parfum/wewangian
Wewangian adalah salah satu sunnah Nabi. Beliau bersabda: “Empat macam diantara sunnah-sunnah para Rasul yaitu : berkasih sayang, memakai wewangian, bersiwak dan menikah” (HR. Tirmidzi).

Bagi istri, memakai parfum/wewangian yang dianjurkan adalah saat-saat seperti ini, bukan pada waktu keluar rumah yang justru dilarang Rasulullah.

“Perempuan manapun yang menggunakan parfum kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium wanginya maka dia seorang pezina” (HR Ahmad)

Yang perlu diperhatikan di sini ialah, aroma atau jenis wewangian yang dipakai hendaknya yang disukai suami atau istri. Sebab, ada suami atau istri yang tidak menyukai aroma wewangian tertentu. Wewangian yang tepat membuat hasrat suami atau istri semakin meningkat.

3. Shalat dua raka’at
Adab ini terutama bagi pengantin baru. Sebagaimana atsar Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu 'anhu yang menasehati pengantin baru agar mengajak istrinya shalat dua raka’at terlebih dahulu ketika memulai malam pertama.

4. Berdandan dan berpakaian yang disukai suami atau istri
Adakalanya istri malu memakai pakaian minim yang disukai suaminya. Padahal dalam sebuah hadits disebutkan “Sebaik-baik istri kalian adalah yang pandai menjaga diri lagi pandai membangkitkan syahwat. Yakni keras menjaga kehormatan dirinya lagi pandai membangkitkan syahwat suaminya.” (HR. Ad Dailami).

Senada dengan hadits itu, Muhammad Al Baqir, cicit Husain bin Ali menjelaskan: “Sebaik-baik wanita diantara kalian adalah yang membuang perisai malu ketika menanggalkan pakaian di hadapan suaminya dan memasang perisai malu ketika ia berpakaian kembali.”

Hadits dan maqalah ini juga menjadi dalil bahwa di dalam jima’, suami istri boleh menanggalkan pakaian dan tidak haram melihat aurat masing-masing.

5. Jima’ di tempat tertutup
Islam mengatur kehidupan umat manusia agar kehormatan dan kemuliaannya terjaga. Demikian pula dengan jima’. Ia harus dilakukan di tempat tertutup, tidak diketahui oleh orang lain meskipun ia adalah anak atau keluarga sendiri. Karenanya saat anak berumur 10 tahun, Islam mensyariatkan untuk memisahkan kamar anak-anak. Kamar anak laki-laki terpisah dari kamar anak perempuan.

Bagaimana jika anak masih kecil dan tidurnya bersama orang tua? Pastikan ia tidak melihat aktifitas suami istri tersebut. Caranya bisa Anda berdua yang pindah kamar.

6. Berdoa sebelum jima’
Yakni membaca doa:


بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا
Dengan Nama Allah, Ya Allah! Jauhkan kami dari syetan, dan jauhkan syetan agar tidak mengganggu apa (anak) yang Engkau rezekikan kepada kami” (HR. Bukhari dan Muslim)

7. Melakukan mubasharah, ar rasuul, foreplay, atau pemanasan
Hendaknya suami tidak langsung ke inti, tetapi ada mubasharah/ar rasuul/ foreplay terlebih dulu.

“Janganlah salah seorang di antara kalian menggauli istrinya seperti binatang. Hendaklah ia terlebih dahulu memberikan pendahuluan, yakni ciuman dan cumbu rayu,” (HR. Tirmidzi)

8. Membawa ke puncak, saling memberi hak
“Apabila salah seorang diantara kamu menjima’ istrinya, hendaklah ia menyempurnakan hajat istrinya. Jika ia mendahului istrinya, maka janganlah ia tergesa meninggalkannya.” (HR. Abu Ya’la)

9. Mencuci kemaluan dan berwudhu jika mau mengulangi
“Jika salah seorang di antara kalian mendatangi istrinya, lalu ia ingin mengulanginya, maka hendaklah ia berwudhu.” (HR. Muslim)

10. Mandi besar (janabat) setelah jima’

  sumber : bersamadakwah

10 PINTU SYAITAN : DALAM DIRI MANUSIA

 
Mengikut ulama', syaitan akan menguasai tubuh manusia melalui 10 pintu iaitu:

1- Melalui sifat SOMBONG dan ANGKUH. Dua sifat ini mudah tersemai dan subur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada sifat manusia yang ego dan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2- Melalui sifat BAKHIL dan KEDEKUT. Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan Allah. Ia seharusnya dibelanjakan ke jalan yang benar dan fisabilillah (di jalan Allah).

3- Melalui sifat TAKABBUR dan BONGKAK. Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan bahawa dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidupnya. Mereka lupa bahawa kesenangan dan kemewahan serta nikmat yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. Allah berfirman yang bermaksud
"Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang yang takbur."
-Surah an-Nahl. ayat 23-


4- Melalui sifat KHIANAT. Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi apa-apa bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya. Manusia yang melanggari peraturanAllah juga dikira mengkhianati, namun dengan khianat yang sangat besar.

5- Melalui sifat TIDAK SUKA MENERIMA ILMU DAN NASIHAT. Nabi Muhammad S.A.W sentiasa menasihati sahabat-sahabat baginda agar menjauhi sifar ini melalui hadis baginda :
Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w , sabdanya yang bermaksud,

"Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau            orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang         mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi       (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan                   binasa." (Al-Bazzar)

6- Melalui sifat HASAD. Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan                        kamu seperti api yang memakan kayu yang kering"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

7- Melalui sifat SUKA MEREMEHKAN ORANG LAIN. Sifat ego manusia akan selalunya lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah beriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda bermaksud;
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik ialah                 ORANG TUA, ORANG YANG BERILMU  dan IMAM(PEMIMPIN) YANG ADIL.
(Riwayat Muslim)

8- Melalui sifat UJUB atau BANGGA DIRI. Menurut ImamAhmad, Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Jangan kamu bersenang-lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya                   hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja."
( Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9- Melalui sifat SUKA BERANGAN-ANGAN. Islam agamayang menentang sifat malas. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia.

10- Melalui sifat BURUK SANGKA. Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dahulu amat dicela oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud;
"Nanti akan ada seseorang yang berkata kepada oarang ramai bahawa mereka             sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah yang sebenarnya rosak            dirinya."
( Riwayat Muslim)

Jadi InsyaAllah, marilah kita sama-sama merenng diri kita sekiranya kita mempunyai mana-mana sifat-sifat diatas. Dan InsyaAllah, bersama-samalah kita mengatasi dan menukar sifat-sifat mazmumah dalam diri kepada sifat-sifat mahmudah....

Wallahu'alam.
Islam2u.net

KELIRU : IN SHAA ALLAH @ INSYAALLAH

Persoalan ini mula timbul tahun lepas, banyak pihak yang telah menjelaskannya tapi ramai yang masih keliru. Ianya mula tersebar dalam facebook seorang dai'e internasional menyatakan tulisan InshaAllah adalah salah. dan perlu ditulis In shaa Allah. 
 
Jika di Malaysia kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan / transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.
 
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum bila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah . Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini.
 
Di dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis : (إنشاء الله) - bermaksud mencipta Allah

Dan ia sepatutnya ditulis إن شاءالله - bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah

(pernyataan dai'e internasional di atas sepatutnya merujuk dalam kalimat Arab yang ditulis dalam tulisan arab dan bukan tulisan rumi)

Dalam rumi kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna - Dengan Izin Allah.

Dr Zakir Naik yang kita kenali adalah seorang pendakwah terkenal antarabangsa yang berani berhujjah di kalangan non Muslim dan di tangannya ramai yang memeluk Islam. Namun begitu beliau bukanlah seorang yang diiktiraf sebagai ulamak untuk mengeluarkan hukum dan rujukan dalam perkara aqidah. Penafian dari Dr Zakir Naik mengenai isu Insha Allah ini :



Pada saya, masalahnya bukan masalah ejaan. Masalahnya adalah masalah sebutan. Kalau tulisnya InsyaAllah, InshaAllah, atau insya Allah, tetapi bunyinya tetap selaras dengan sebutan arabnya -in sya Allah- begitu, maka tiada masalahnya.Yang penting, tulisan arabnya tidak boleh berubah.

Jom kita dengar penjelasan UAIhttp://www.youtube.com/watch?v=dnM2mWVkD3Y

SEBAB SUAMI BENCI ISTERI


 

1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata..

2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa dan lalai… ada masa-masa tertentu, mungkin juga kerana sifat suami dan keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri-ciri 8C tu

- Dr Fadzilah Kamsah

KOPI CAPPUCINO : SIMBOL KEMENANGAN KRISTIAN TERHADAP KHILAFAH OTHMANIAH TURKI


 
Cara masyarakat Eropah mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya.

Namun, pada masa ini semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi.

Inovasi terhadap kopi ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini diinspirasi oleh Marco D' Aviano, seorang imam Biara Capuchin yang turut berperang melawan pasukan Turki Ustmaniah di Benteng Vienna 1683.

Menyusul kemenangan mereka terhadap pasukan Turki, mereka menjumpai karung berisi kopi yang ditinggalkan oleh tentera Turki. Namun bagi mereka rasa kopi tersebut terlalu kuat. Mereka mencampurkan kream dan madu. Campuran ini menjadikan kopi berubah warna menjadi coklat yang mirip dengan warna jubah yang dikenakan Biara Capuchin.

Penamaan cappuccino ini merupakan penghormatan untuk Marco D' Aviano's. Sejak saat itulah cappuccino menjadi minuman yang cukup digemari dengan rasa yang sangat enak. Mereka menjadikan Cappucino ini sebagai simbol kemenangan Eropah terhadap Khilafah Turki Utsmaniah.

Ternyata pengaruh budaya Islam terhadap Eropah sangatlah kuat dan banyak sekali bukan hanya dalam bidang sains , teknologi, seni atau seni bina. Kisah di atas hanya memaparkan salah satu dari sekian banyak tradisi masyarakat Islam yang diguna pakai oleh bangsa Eropah dan kemudian merebak ke semua peradaban dunia.

Sumber :jurnalhajiumroh.com 

TANDA2 ORANG YG AKAN MENINGGAL DUNIA

 


Sebenarnya Allah SWT telah memberikan tanda-tanda kalau orang tersebut akan meninggal dunia mulai dari sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 5 hari, 3 hari, 2 hari dan 1 hari menjelang kematian.

Berikut tanda-tanda orang yang akan meninggal:
Tanda 100 hari menjelang ajal :
Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya, Bagi yang menyadarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyadari, tidak ada pengaruh apa-apa.

Tnada 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

Tanda 40 hari menjelang kematian :
Selepas Ashar, jantung berdenyut-denyut. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.

Tanda 7 hari menjlang ajal :
Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu.

Tanda 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

Tanda 3 hari menjelang ajal :
Terasa denyutan ditengah dahi. Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Tanda 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

Tanda 1 hari sebelum kematian :
Di waktu Ashar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempet menemui Ashar besok harinya. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang bagian pusat hingga ke tulang solbi (di bagian belakang badan).


Berikut saat-saat Malaikat Mencabut Nyawa manusia:

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda :
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di surga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalahkarena sangat rindunya pada surga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah karena terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. BOORAQ FM

TIDUR TIARAP : PENGHUNI NERAKA


Dari Abu Dzar ra., beliau mengatakan, “Suatu hari Nabi saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku tidur secara meniarap atau tengkurap. Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Dzar), sesungguhnya cara berbaring seperti ini adalah cara berbaring penghuni neraka.” (HR. Ibnu Majah)


Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Wallahu a'lam

ALLAH MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA



.
Allah سبحانه وتعالى mengikut sangkaan hambanya Maksudnya, Allah سبحانه وتعالى menurut dan mengikut sebagaimana prasangka hambanya. Jika seorang hamba bertaubat dengan Taubatan Nasuha (yang tulus ikhlas), maka Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubatnya. Jika dia yakin doanya akan dikabulkan, maka Allah سبحانه وتعالى akan mudah mengabulkan. Berbeza keadaannya, jika seseorang itu sejak awal, sudah berputus asa dan sudah berburuk sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.

Dari Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhu, ia berkata bahawa Rasulullah bersabda, Allah سبحانه وتعالى berfirman,
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِى بِى
“Aku sesuai dengan persangkaan hamba pada-Ku.” (Muttafaqun ‘alaih).
.
Hadis ini mengajarkan bagaimana seorang muslim harus husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى dan mempunyai sikap berharap pada-Nya.

Mengenai makna hadits di atas, Al Qodhi ‘Iyadh berkata, “Sebahagian ulama mengatakan bahawa maknanya adalah Allah سبحانه وتعالى akan memberi keampunan jika hamba meminta keampunan. Allah سبحانه وتعالى akan menerima taubat jika hamba bertaubat. Allah سبحانه وتعالى akan mengabulkan doa jika hamba meminta. Allah سبحانه وتعالى akan beri kecukupan jika hamba meminta kecukupan. Ulama lain berkata maknanya adalah berharap pada Allah سبحانه وتعالىdan meminta ampunannya.”
(Syarh Muslim, 17 : 2).
.
Inilah bentuk husnuzon atau berprasangka baik pada Allah سبحانه وتعالى yang diajarkan pada seorang muslim. Jabir berkata bahawa ia pernah mendengar sabda Rasulullah tiga hari sebelum Baginda wafat,
لاَ يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ
“Janganlah salah seorang di antara kamu mati melainkan ia harus berhusnuzon pada Allah سبحانه وتعالى.”
(Hadis Riwayat Muslim no . 2877) .
.
Husnuzon pada Allah سبحانه وتعالى, itulah yang diajarkan pada kita dalam doa. Ketika kita berdoa pada Allah سبحانه وتعالى kita harus yakin bahawa doa kita akan dikabulkan dengan tetap melakukan sebab terkabulnya doa dan menjauhi berbagai pantangan yang menghalang terkabulnya doa. Kerana ingatlah bahawa doa itu begitu ampuh jika seseorang berhusnuzon pada Allah سبحانه وتعالى.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman,
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.”
(Surah Ghofir / Al Mu’min : 60)
.
Firman Allah سبحانه وتعالى lagi,
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah Al Baqarah : 186)
.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda,
لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
“Tidak ada sesuatu yang lebih besar pengaruhnya di sisi Allah سبحانه وتعالى selain doa.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3370, Ibnu Majah no.3829, dan Ahmad 2 : 362, hasan)
.
Jika seseorang berdoa dalam keadaan yakin doanya akan terkabul, Rasulullah bersabda,
ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لاَ يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاَهٍ
“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi no.3479, hasan)
.
Jika doa tak kunjung terkabul, maka yakinlah bahawa ada sesuatu yang terbaik disebaliknya. Dari Abu Sa’id, Rasulullah bersabda,
ما مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ وَلاَ قَطِيعَةُ رَحِمٍ إِلاَّ أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِى الآخِرَةِ وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا. قَالُوا إِذاً نُكْثِرُ. قَالَ اللَّهُ أَكْثَرُ
“Tidaklah seorang muslim memanjatkan doa pada Allah selama tidak mengandungi dosa dan memutuskan silaturahmi (antara kerabat) melainkan Allah سبحانه وتعالى akan beri padanya tiga hal: (1) Allah سبحانه وتعالى akan segera mengabulkan doanya, (2) Allah akan menyimpannya baginya di akhirat kelak, dan (3) Allah سبحانه وتعالى akan menghindarkan darinya kejelekan yang semisal.” Para sahabat lantas mengatakan.” Kalau begitu kami akan memperbanyak berdoa.” Rasulullah lantas berkata.” Allah سبحانه وتعالى nanti yang memperbanyak mengabulkan doa-doa kalian.”
(Hadis Riwayat Ahmad 3 : 18, sanad jayyid) .

Ibnu Rajab dalam Jaami’ul ‘ Ulum wal Hikam berkata,
فالإلحاحُ بالدعاء بالمغفرة مع رجاء الله تعالى موجبٌ للمغفرة
“Terus meminta dengan doa dan memohon keampunan Allah سبحانه وتعالى disertai rasa penuh harap pada-Nya, adalah jalan mudah mendapatkan maghfiroh (pengampunan-Nya).”

Maka yakinlah terus pada janji Allah سبحانه وتعالى, husnuzonlah pada-Nya. Janganlah berprasangka kecuali yang baik pada Allah سبحانه وتعالى. Dan jangan putus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى dan teruslah berdoa serta memohon pada-Nya.

SUMBER : SHAFIQOLBU

JOM SOLAT : MUDAH JE

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
mudahnya solat SQ.
Allah سبحانه وتعالى berfirman ; 

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan melakukan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.” 
 (Surah Al-Baqarah 2; Ayat 46).

PROF DR. JUMADI BIN MUSTAR



Siri Kursus Perubatan – Kupasan Mengenai Jin ‘Ashik Click Here
Siri Kursus Perubatan – Kupasan Mengenai Penyakit-penyakit Yang Berkaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus Click Here
Perubatan – Halal dan Haram di Dalam Islam Click Here
Ciri-ciri Seseorang Yang Terkena Ilmu Sihir Click Here
Seminar: Cara-cara Memagar Diri & Rumah Dari Ganguan Syaitan & Jin (Bhg 1) Click Here
Seminar: Cara-cara Memagar Diri & Rumah Dari Ganguan Syaitan & Jin (Bhg 2) Click Here
Ilmu Hitam, Pengasih: Peruntuh Rumahtangga Click Here
Seminar: Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 1) Click Here
Seminar: Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 2) Click Here
Seminar: Kupasan Mengenai Ilmu Pengasih (Bhg 3) Click Here
Sesi Soal Jawab Mengenai Makhluk Halus Click Here
Sesi Soal Jawab Mengenai Makhluk Halus Click Here
Pengenalan Pada Alam Jin Click Here
Gangguan Emosi Menurut Perspektif Islam Click Here
Rahmat Di Sebalik Dugaan Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Menurut Kitab ‘Bimbingan Mukminin’ oleh Imam Al-Ghazali)
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 01) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 02) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 03) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 04) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 05) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 06) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 07) Click Here
Kursus Aqidah Islam – Akhlak Islam (Bhg 08) Click Here

TAMIL LECTURES



Tamil Lectures
No. Topic
Recording
1. Islam Is A Simple & Beautiful Religion ‘Qudwah’ Series Click Here
2. Al-Quran: The Guide For Mukmin ‘Qudwah’ Series Click Here

LECTURES BY MAULANA IMRAN HOSEIN



Maulana Imran Hosein
1 Dajjal The False Messiah (Part 1) Click Here
2 Dajjal The False Messiah (Part 2) Click Here
3 Jerusalem In The Quran (Part 1) Click Here
4. Jerusalem In The Quran (Part 2) Click Here
5 Jerusalem In The Quran (Part 3) Click Here
6 Jerusalem In The Quran (Part 4) Click Here
7 Surah Al-Kahf And The Modern Age (Part 1) Click Here
8 Surah Al-Kahf And The Modern Age (Part 2) Click Here
9 Islamic Spirituality- The Forgotten Path (Part 1) Click Here
10 Islamic Spirituality – The Forgotten Path (Part 2) Click Here
11 Imam Mahdi and The Return Of The Caliphate (Part 1) Click Here
12 Imam Mahdi and The Return Of The Caliphate (Part 2) Click Here
13 Imam Mahdi and The Return Of The Caliphate (Part 3) Click Here
14 An Islamic View Of The Return Of Isa a.s (Jesus a.s) (Part 1) Click Here
15 An Islamic View Of The Return Of Isa a.s (Jesus a.s) (Part 2) Click Here
16 An Islamic View Of The Return Of Isa a.s (Jesus a.s) (Part 3) Click Here
17 Ihsan – The Spirituality Essence Of Islam (Part 1) Click Here
18 Ihsan – The Spirituality Essence Of Islam (Part 2) Click Here
19 Ihsan – The Spirituality Essence Of Islam (Part 3) Click Here
20 Asyura In The Quran (Part 1) Click Here
21 Asyura In The Quran (Part 2) Click Here
22 Bashirah – An Introduction To Islamic Spirituality (Part 1) Click Here
23 Bashirah – An Introduction To Islamic Spirituality (Part 2) Click Here
Alhamdulillah, with the help of Maulana himself, I have acquired some
new audio lectures below. These audio lectures were delivered in the year 2004. (Not in Singapore like the ones above) There are also a few new lecture topics. (Audio lectures contributed by Bro. Nishtar Mohammed)
Visit
a site for Maulana at http://www.ImranHosein.org
24. Dajjal The False Messiah Click Here
25 Jerusalem In The Quran Click Here
26 Gog And Magog In The Quran (Ya-juj and Ma-juj) Click Here
27 An Islamic Response To The Feminist Revolution Click Here
28 The Muslim Village Click Here
29 Islam And The Monetary System (Part 1) Click Here
30 Islam And The Monetary System (Part 2) Click Here
31 An Islamic View On The Return Of Isa a.s. Click Here
32 Surah Al-Kahf And The Modern Age (Part 1) Click Here
33 Surah Al-Kahf And The Modern Age (Part 2) Click Here


TAZKIRAH

LECTURES FROM TOP SCHOLARS WHO ADVISE MUSLIM FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE.