Cara masyarakat Eropah
mengambil kopi tidak jauh beza dengan masyarakat Muslim ketika itu iaitu
menghidangkannya sebagai minuman kopi. Kopi serbuk direbus dengan air
kemudian ditambah gula untuk menghilangkan rasa pahitnya.
Namun, pada masa ini
semakin banyak kita kenal kopi yang disajikan dalam bentuk campuran
seperti susu, krimer atau bahan minuman lain seperti halia dan ginseng
serta penambahan pelbagai jenis perisa selain kopi.
Inovasi terhadap kopi
ini bermula pada tahun 683 lagi sejak penemuan kopi yang dikenali hingga
kini dengan cappuccino. Cara penyediaan ala cappuccino ini diinspirasi
oleh Marco D' Aviano, seorang imam Biara Capuchin yang turut berperang
melawan pasukan Turki Ustmaniah di Benteng Vienna 1683.
Menyusul kemenangan
mereka terhadap pasukan Turki, mereka menjumpai karung berisi kopi yang
ditinggalkan oleh tentera Turki. Namun bagi mereka rasa kopi tersebut
terlalu kuat. Mereka mencampurkan kream dan madu. Campuran ini
menjadikan kopi berubah warna menjadi coklat yang mirip dengan warna
jubah yang dikenakan Biara Capuchin.
Penamaan cappuccino ini
merupakan penghormatan untuk Marco D' Aviano's. Sejak saat itulah
cappuccino menjadi minuman yang cukup digemari dengan rasa yang sangat
enak. Mereka menjadikan Cappucino ini sebagai simbol kemenangan Eropah
terhadap Khilafah Turki Utsmaniah.
Ternyata pengaruh budaya
Islam terhadap Eropah sangatlah kuat dan banyak sekali bukan hanya
dalam bidang sains , teknologi, seni atau seni bina. Kisah di atas hanya
memaparkan salah satu dari sekian banyak tradisi masyarakat Islam yang
diguna pakai oleh bangsa Eropah dan kemudian merebak ke semua peradaban
dunia.
0 comments:
Post a Comment