BILAL PHILIPS |
Jika pada tahun 1970 an,
anda hanya mengenali Jimmy Hendrix, Brian May, atau Robert Plan dalam
dunia muzik rock sebagai pemain gitar yang hebat atau mungkin ketika itu
anda tengah belajar gitar, Bilal Philips juga seorang pemain gitar yang
hebat.
Semasa menjadi mahasiswa
di Universiti Simon Frasier, Vancouver di Kanada, Philips bermain gitar
untuk persembahan muzik di kelab-kelab malam. Pernah tinggal di
Malaysia dan membuat persembahan di pentas-pentas.
Tapi Philips merasa
kosong dalam kehidupannya. "Begitu saya menjadi seorang muslim, saya
merasa tidak selesa melakukan itu semua dan saya memutuskan berhenti
bermain muzik secara peribadi mahupun secara profesional, " katanya .
Philips memutuskan masuk
Islam pada tahun 1972. Proses masuk Islamnya tidak mengambil masa yang
lama. Hanya enam bulan saja setelah membaca buku-buku Islam dan
berdiskusi tentang Islam.
Setahun selepas
mengucapkan dua kalimah syahadah, Philips mendaftarkan diri dalam
jurusan pengajian Islam di Universiti Islam Madinah di Arab Saudi.
Tujuannya adalah dia ingin mempelajari Islam dari sumber asalnya, bukan
dari amalan budaya.
Sambil menghadiri kuliah
di Saudi, Philips bekerja di jabatan agama markas besar Tentera Udara
Arab Saudi di Riyadh. Ketika itu sedang berlaku Perang Teluk pada tahun
1991 . Dia mempunyai pekerjaan utama iaitu mengajar agama Islam untuk
pasukan AS di pengkalan-pengkalan tentera mereka di Bahrain dan di
wilayah bahagian timur Arab Saudi.
"Kerana gambaran tentang
Islam begitu diputarbelitkan di Amerika, selepas perang, saya dan lima
orang Amerika lain terlibat dalam projek untuk menghilangkan keraguan
terhadap agama Islam pada kira-kira setengah juta pasukan AS yang ada di
kawasan Teluk. Hasilnya, lebih dari 3000 tentera AS akhirnya masuk
Islam" terang Philips.
Dia kemudiannya pergi ke
Amerika untuk membantu memberikan bimbingan rohani bagi para tentera
yang baru masuk Islam. Dengan bantuan organisasi " Muslim Members of the
Miltary ( MMM ) " , dia menganjurkan berbagai persidangan dan aktiviti
yang berjaya mendesak tentera AS untuk membina kemudahan-kemudahan surau
di seluruh pangkalan-pangkalan tentera. Kerajaan AS juga
bertanggungjawab untuk meminta komuniti Muslim dan melantik ulama yang
akan menjadi pembimbin rohani bagi tentera muslim di AS.
"Beberapa tentera Perang
Teluk yang masuk Islam, pergi ke Bosnia untuk memberikan latihan pada
rakyat Bosnia dan ikut berjuang bersama mereka melawan kekejaman tentera
Serbia, " kata Philips.
Sebelum masuk Islam,
Philips adalah seorang Kristian. Dia lahir di Jamaica pada tahun 1947.
Kedua orang tuanya adalah guru dan salah seorang datuknya adalah seorang
pendeta.
Sekarang setelah menjadi
Muslim, Philips berkata tidak mempunyai masa cuti. "Betapa sedikit masa
yang ada dan berapa banyak pekerjaan yang harus dilakukan untuk Islam "
tegasnya.
Berita dan laporan selanjutnya tonton video
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
0 comments:
Post a Comment